Tuesday, July 6, 2010

Postmortem Setengah Tahun 2010




Tahniah kepada pelajar-pelajar RC di daerah Johor Bahru yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan pertengahan tahun ini.

Kepada guru-guru tingkatan 5 boleh mula mengumpul dan menyusun data head count untuk Audit Akademik.

Untuk makluman semua PPDJB telah mengadakan satu program data berkomputer khusus untuk Bidang Teknik & Vokasional yang diterajui oleh Tuan Penolong PPD En Saliman Bin Selamat. Program ini nampaknya sangat baik dan mudah untuk guru-guru menilai data-data dari TOV hingga ETR dengan penekanan aspek sasaran ETR yang relevan.

Semoga dengan program tersebut dapat melancarkan lagi kerja-kerja guru-guru RC khususnya di Daerah Johor Bahru agar lebih kehadapan daripada daerah-daerah yang lain di Johor.

Sedikit pesanan dan peringatan kepada guru-guru di tingkatan 5 khusunya, segeralah memastikan anak-anak didik kita ini siap dan sempurna Kerja Kursus samada Folio dan Artifaknya agar penyelarasan yang akan dibuat bila-bila sahaja nanti.

Terima kasih.