Tuesday, August 24, 2010

Bengkel Pembinaan Folio SPM 2011

Bengkel Pembinaan Folio Reka Cipta semalam telah berlangsung dengan jayanya.. Tahniah buat Guru Cemerlang Pn Faridah Binti Abang Wahab daripada SMK Taman Universiti, Johor Bahru kerana panduan yang jelas dan mudah dalam penghasilan folio. Tahniah juga kepada Maktab Sultan Abu Bakar dengan penyediaan tempat yang selesa.




Bengkel yang bermula jam 8.30 tamat pada 4.30 petang, peserta seakan-akan tidak mahu berhenti menyiapkan folio dari bab 1.0 hingga 1.6 dek kerana khusyuk dan fokus!
Bengkel ini di anjurkan secara bersama JKD Johor Bahru dan JKD Pasir Putih atas pengelolaan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor.








Bengkel dirasmikan oleh Tn Hj Esa Bin Ahmad dan beliau sempat bersama dari awal hingga ke penghujung sesi. Sesi perbengkelan dimulakan dengan taklimat ringkas dan peserta dibahagi kepada 3 kumpulan yang mewakili 3 tema SPM iaitu Pengumpulan, Pemindahan dan Penuaian.


Senarai Peserta yang hadir:

WAKIL JKD JOHOR BAHRU
  1. MOHD NIZAM BIN MAT TANDA ( SMK TANJUNG ADANG )
  2. HASHIM BIN ANDIMORI ( MAKTAB SULTAN ABU BAKAR )
  3. SAHARANI BINTI ABDULLAH ( SMK TAMAN UNIVERSITI )
  4. FAEZAH BINTI BAHARI (SMK TAMAN UNOVERSITI )
  5. NORHASLINA BINTI ABDUL MALEK ( SMK TUN SYED NASIR ISMAIL )
  6. AZFALIZA BINTI ISMAIL ( SMK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR )
  7. NORMALA BINTI OMAR ( SMK TAMAN NUSAJAYA )
WAKIL JKD PASIR GUDANG
  1. MOHD ARIF BIN AZIZ ( SMK LKTP FELDA ULU TEBRAU )
  2. MOHD NAQUEDEEN BIN ABD SHUKOR ( SMK KOTA MASAI )
  3. MOHD SAIFUL BIN MOHAMED SHUKOR ( SMK PERMAS JAYA )
  4. MOHAMAD FAIRUS BIN SARKAVI ( SMK PERMAS JAYA )
  5. ANAS BIN NAZARUDDIN ( SMK PASIR PUTIH )
  6. ANNA NURWATI HIDAYAH BINTI HUSSIN ( SMK PASIR PUTIH )



Antara keperluan bagi menjayakan bengkel ini, peserta dikehendaki membawa : Kertas Lukisan saiz A3, kertas A4, pembaris panjang, pensil, pensil warna, marker, elips set, lettering set dan laptop











Proses lakaran dan penulisan dibuat secara pembahagian tugas. Kepakaran guru-guru teserlah di sini yang mana boleh melakar akan fokus bab 3.0 dan 4.0 manakala penulisan yang jelas dan tepat di bahagiakan kepada bab 1.0 dan 2.0







GC Pn Faridah Abang Wahab selaku fasilitator sentiasa memantau dan pantas memberikan penjelasan terhadap kesilapan yang berlaku bagi kebaikan bersama.









Mengikut makluman dan perancangan Tn Haji Esa bin Ahmad, 3 set folio yang berjaya dihasilkan pada hari itu akan di photostat dan di burn ke CD untuk dijadikan modul P&P. Wakil akan menerima set tersebut paling selepas cuti hari raya, insyallah. Menurut GC Pn Faridah Abang Wahab lagi, bengkel ini akan bergerak ke daerah-daerah lain secara bergabung seperti mana yang berjaya di buat di peringkat Johor Bahru-Pasir Gudang kali ini.

Harapan JKD Johor Bahru agar program ini akan menjadi acara tahunan selain Penataran Tema yang biasa di buat sebelum ini. Kesan daripada Bengkel ini diharapkan memberi IMPAK untuk penghasilan folio pelajar SPM 2011 nanti, insyallah.

Laporan ini disediakan oleh

MOHD NIZAM BIN MAT TANDA
s/u JKD Johor Bahru
SMK TANJUNG ADANG