Tuesday, September 21, 2010

Mesyuarat JKD Reka Cipta Kali 2 / 2010

Salam hormat, Mesyuarat Jawatankuasa daerah Johor Bahru kali ke 2 tahun 2010 telah dipengerusikan oleh Penolong PPD En Saliman Bin Selamat pada jam 2.30 petang pada 1 September yang lepas.

Berikut adalah ringkasan laporan mesyuarat berkenaan:
  1. Plan-J : Format telah diselaraskan dan digunapakai ke peringkat JPNJ
  2. Kajian Tindakan untuk setiap guru-guru RC di kumpul, panduan guru agar Kajian dijalankan pada bulan Januari hingga Julai setiap tahun.
  3. Peratus pencapaian dalam peperiksaan memfokuskan kepada tahap kualiti A, kerana untuk peratus lulus 100% tiada masalah
  4. Bengkel Teknik Menjawab untuk Kertas 1 SPM diteruskan kerana memberi kesan besar kepada peratus kualiti keputusan SPM tahun lepas.
  5. Bengkel penghasilan Folio untuk guru-guru telah dijalankan dengan jayanya.
  6. Cadangan mengadakan Bengkel Pembinaan Item Soalan Reka Cipta untuk guru-guru. tarikh 9.10.2010 di SMKTA
  7. Sasaran terkini GPS bawah 1.00 untuk dicapai oleh semua sekolah.
  8. Guru-guru bakal menerima sijil penyertaan untuk aktiviti yang dianjurkan oleh PPDJB.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Laporan disediakan oleh:
En Mohd Nizam Bin Mat Tanda
S/u JKD RC Johor Bahru 2010