Wednesday, March 13, 2013

Mesyuarat JKD RC bil 1 Tahun 2013

Salam hormat kepada semua.

Berikut adalah makluman mesyuarat JKD REKA CIPTA Bil 1 Tahun 2013 akan diadakan pada 14 Mac 2013. Lokasi sama iaitu di SMK Tanjung Adang.

Harap maklum.

Surat makluman boleh didapati di website berikut:

http://ppdjb.edu.my/

Sunday, April 10, 2011

Drawing / Lakaran 3 Dimensi


Sumber dari wired.com

Salam hormat kepada guru-guru dan pelajar sekalian..

Kali ini kita nak berkongsi sedikit info tentang bagaimana nak atasi masalah tidak mahir melukis / melakar yang sememangnya amat penting dalam penyediaan Folio RC dan semasa Peperiksaan kelak.


Asas utama untuk melakar ialah :

  1. Pensel HB, 2B dan 3B keatas
  2. Pemadam Pensel Lembut
  3. Pembaris
  4. Kertas
Masalah utama :

  1. Kualiti garisan lurus / lengkung
  2. Tebal nipis garisan
  3. Tona terang gelap
  4. Kedudukan bayang-bayang
Tips:















1. Melakar ikut kaedah Y iaitu lukis satah Y seperti rajah dan sambungkan garisan mengikut panduan lukisan isometrik.















2. Penyambungan berterusan dan pelbagaikan panjang dan pendek saiz garisan.
















3. Masukkan lengkungan dan beri penegasan garisan luar dan objek binaan akhir.
















4. Guna pemadam dan pembaris untuk kekemasan.

Selamat mencuba

Sumber ihsan dari saudara Mohd Nizam Bin Mat Tanda (SMK Tanjung Adang)

Tuesday, April 5, 2011

Mesyuarat JKD 12 April 2011

Salam hormat..

Pemberitahuan Pertukaran S/U JKD untuk Panitia Reka Cipta Daerah Johor Bahru dari SMK Tanjung Adang kepada SMK Taman Universiti telah berkuatkuasa pada tahun 2011 ini.

Mesyuarat kali pertama bakal diadakan pada 12 April 2011. Di SMK Taman Universiti Jam 2.00 Petang.

Kehadiran dari 6 sekolah adalah wajib.

Tuesday, September 21, 2010

Mesyuarat JKD Reka Cipta Kali 2 / 2010

Salam hormat, Mesyuarat Jawatankuasa daerah Johor Bahru kali ke 2 tahun 2010 telah dipengerusikan oleh Penolong PPD En Saliman Bin Selamat pada jam 2.30 petang pada 1 September yang lepas.

Berikut adalah ringkasan laporan mesyuarat berkenaan:
  1. Plan-J : Format telah diselaraskan dan digunapakai ke peringkat JPNJ
  2. Kajian Tindakan untuk setiap guru-guru RC di kumpul, panduan guru agar Kajian dijalankan pada bulan Januari hingga Julai setiap tahun.
  3. Peratus pencapaian dalam peperiksaan memfokuskan kepada tahap kualiti A, kerana untuk peratus lulus 100% tiada masalah
  4. Bengkel Teknik Menjawab untuk Kertas 1 SPM diteruskan kerana memberi kesan besar kepada peratus kualiti keputusan SPM tahun lepas.
  5. Bengkel penghasilan Folio untuk guru-guru telah dijalankan dengan jayanya.
  6. Cadangan mengadakan Bengkel Pembinaan Item Soalan Reka Cipta untuk guru-guru. tarikh 9.10.2010 di SMKTA
  7. Sasaran terkini GPS bawah 1.00 untuk dicapai oleh semua sekolah.
  8. Guru-guru bakal menerima sijil penyertaan untuk aktiviti yang dianjurkan oleh PPDJB.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Laporan disediakan oleh:
En Mohd Nizam Bin Mat Tanda
S/u JKD RC Johor Bahru 2010

Tuesday, August 24, 2010

Bengkel Pembinaan Folio SPM 2011

Bengkel Pembinaan Folio Reka Cipta semalam telah berlangsung dengan jayanya.. Tahniah buat Guru Cemerlang Pn Faridah Binti Abang Wahab daripada SMK Taman Universiti, Johor Bahru kerana panduan yang jelas dan mudah dalam penghasilan folio. Tahniah juga kepada Maktab Sultan Abu Bakar dengan penyediaan tempat yang selesa.




Bengkel yang bermula jam 8.30 tamat pada 4.30 petang, peserta seakan-akan tidak mahu berhenti menyiapkan folio dari bab 1.0 hingga 1.6 dek kerana khusyuk dan fokus!
Bengkel ini di anjurkan secara bersama JKD Johor Bahru dan JKD Pasir Putih atas pengelolaan pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor.








Bengkel dirasmikan oleh Tn Hj Esa Bin Ahmad dan beliau sempat bersama dari awal hingga ke penghujung sesi. Sesi perbengkelan dimulakan dengan taklimat ringkas dan peserta dibahagi kepada 3 kumpulan yang mewakili 3 tema SPM iaitu Pengumpulan, Pemindahan dan Penuaian.


Senarai Peserta yang hadir:

WAKIL JKD JOHOR BAHRU
  1. MOHD NIZAM BIN MAT TANDA ( SMK TANJUNG ADANG )
  2. HASHIM BIN ANDIMORI ( MAKTAB SULTAN ABU BAKAR )
  3. SAHARANI BINTI ABDULLAH ( SMK TAMAN UNIVERSITI )
  4. FAEZAH BINTI BAHARI (SMK TAMAN UNOVERSITI )
  5. NORHASLINA BINTI ABDUL MALEK ( SMK TUN SYED NASIR ISMAIL )
  6. AZFALIZA BINTI ISMAIL ( SMK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR )
  7. NORMALA BINTI OMAR ( SMK TAMAN NUSAJAYA )
WAKIL JKD PASIR GUDANG
  1. MOHD ARIF BIN AZIZ ( SMK LKTP FELDA ULU TEBRAU )
  2. MOHD NAQUEDEEN BIN ABD SHUKOR ( SMK KOTA MASAI )
  3. MOHD SAIFUL BIN MOHAMED SHUKOR ( SMK PERMAS JAYA )
  4. MOHAMAD FAIRUS BIN SARKAVI ( SMK PERMAS JAYA )
  5. ANAS BIN NAZARUDDIN ( SMK PASIR PUTIH )
  6. ANNA NURWATI HIDAYAH BINTI HUSSIN ( SMK PASIR PUTIH )



Antara keperluan bagi menjayakan bengkel ini, peserta dikehendaki membawa : Kertas Lukisan saiz A3, kertas A4, pembaris panjang, pensil, pensil warna, marker, elips set, lettering set dan laptop











Proses lakaran dan penulisan dibuat secara pembahagian tugas. Kepakaran guru-guru teserlah di sini yang mana boleh melakar akan fokus bab 3.0 dan 4.0 manakala penulisan yang jelas dan tepat di bahagiakan kepada bab 1.0 dan 2.0







GC Pn Faridah Abang Wahab selaku fasilitator sentiasa memantau dan pantas memberikan penjelasan terhadap kesilapan yang berlaku bagi kebaikan bersama.









Mengikut makluman dan perancangan Tn Haji Esa bin Ahmad, 3 set folio yang berjaya dihasilkan pada hari itu akan di photostat dan di burn ke CD untuk dijadikan modul P&P. Wakil akan menerima set tersebut paling selepas cuti hari raya, insyallah. Menurut GC Pn Faridah Abang Wahab lagi, bengkel ini akan bergerak ke daerah-daerah lain secara bergabung seperti mana yang berjaya di buat di peringkat Johor Bahru-Pasir Gudang kali ini.

Harapan JKD Johor Bahru agar program ini akan menjadi acara tahunan selain Penataran Tema yang biasa di buat sebelum ini. Kesan daripada Bengkel ini diharapkan memberi IMPAK untuk penghasilan folio pelajar SPM 2011 nanti, insyallah.

Laporan ini disediakan oleh

MOHD NIZAM BIN MAT TANDA
s/u JKD Johor Bahru
SMK TANJUNG ADANG








Tuesday, July 6, 2010

Postmortem Setengah Tahun 2010




Tahniah kepada pelajar-pelajar RC di daerah Johor Bahru yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan pertengahan tahun ini.

Kepada guru-guru tingkatan 5 boleh mula mengumpul dan menyusun data head count untuk Audit Akademik.

Untuk makluman semua PPDJB telah mengadakan satu program data berkomputer khusus untuk Bidang Teknik & Vokasional yang diterajui oleh Tuan Penolong PPD En Saliman Bin Selamat. Program ini nampaknya sangat baik dan mudah untuk guru-guru menilai data-data dari TOV hingga ETR dengan penekanan aspek sasaran ETR yang relevan.

Semoga dengan program tersebut dapat melancarkan lagi kerja-kerja guru-guru RC khususnya di Daerah Johor Bahru agar lebih kehadapan daripada daerah-daerah yang lain di Johor.

Sedikit pesanan dan peringatan kepada guru-guru di tingkatan 5 khusunya, segeralah memastikan anak-anak didik kita ini siap dan sempurna Kerja Kursus samada Folio dan Artifaknya agar penyelarasan yang akan dibuat bila-bila sahaja nanti.

Terima kasih.

Tuesday, March 2, 2010

Pemberitahuan

MESYUARAT JKD PANITIA KALI PERTAMA TAHUN 2010

DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA KETUA PANITIA REKA CIPTA DAERAH JOHOR BAHRU, MESYUARAT AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN DIBAWAH:

TARIKH : 9 MAC 2010
MASA : 2 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN, SMK TANJUNG ADANG

KEHADIRAN ADALAH WAJIB, GURU DIMINTA MEMBAWA BAHAN YANG DIARAHKAN.
SURAT PANGGILAN MESYUARAT TELAH DIEDARKAN KE SEKOLAH-SEKOLAH BERKAITAN IAITU:

1) SMK TANJUNG ADANG (S/U JKD)
2) SMK TUN SYED NASIR
3) SM SULTAN ABU BAKAR
4) SMK TAMAN UNIVERSITI
5) *SMK KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR
6) *SMK TAMAN NUSAJAYA

*SELAMAT DATANG KE WARGA JKD REKA CIPTA JOHOR BAHRU KEPADA 2 SEKOLAH INI. TERIMA KASIH