Wednesday, February 10, 2010

Hala Tuju Pelajar Reka Cipta

SALAM WARGA PENDIDIK & WARGA RC

Bagi menjawab segala kemusykilan tuan puan berkaitan masa depan para pelajar Rc. Di sini saya perjelaskan sedikit sebanyak hala tuju pelajar Rc. Ini berdasarkan pengalaman saya sebagai bekas pelajar di Fakulti Art & Design, bekas pelajar jurusan Industrial Design Uitm
(selama 4thn), bekas pensyarah di Fakulti Seni Bina dan Landskap UPM, tenaga pengajar di CADCAMM Akademi dan akhir sekali sebagai lecturer di SEGI College di School Of Design ( Industrial ). Melalui pengalaman saya mengajar di IPTS selama 3 thn dan 5 thn di IPTA..berikut adalah pandangan saya..

Di Uitm ..
Para pelajar RC boleh menyambung pengajian di dua fakulti iaitu Fakulti Seni bina dan Fakulti Senilukis dan Seni reka.

. Fakulti Senibina ...> Reka bentuk Dalaman
Senibina Landskap
Bahagian Senibina

.Fakulti Seni lukis dan Seni reka

....> Seni reka Perindustrian
Seni reka Grafik / media digital
Seni reka Seramik
Seni Halus / Arca
Seni reka Logam halus
Seni reka teknologi kasut

Di UPM

. Fakulti Reka bentuk dan seni Bina
....>Seni reka Perindustrian
Reka bentuk Landskap
Seni bina
Reka bentuk bandar
Seni reka Grafik

Di UIA
. Fakulti Reka bentuk / seni bina

....>Seni reka Perindustrian
Seni reka bina

Di UTM /UNIMAS /UMS

....>Seni reka Perindustrian
Seni reka bina

Di Uni. Malaysia Perlis
....>Seni reka Perindustrian

Di Uni Malaysia Pahang
....>Seni reka Perindustrian
Diploma Kejuruteraan

Di Uni Darul Iman, Trgganu
....>Fakulti Inovatif dan Teknologi
....>Seni reka Perindustrian

Di Uni. Pend Sultan Idris ( UPSI )


Antara IPTS yang menawarkan diploma yang memerlukan RC adalah

....> LIM KOK WING University
One Academy of Art,Sunway
Kolej Shah Putra, Kuantan

Fakulti Media Kreatif,Kolej Universiti Metroploitan Kuala Lumpur
(KLMU) ......> Reka bentuk Perindustrian / Grafik /Multimedia

Pelajar juga boleh memohon di Politeknik Johor Baharu

.....> Reka bentuk Perindustrian

Ini merupakan sebahagian daripada arah tuju para pelajar RC di masa hadapan.

Terima kasih

MOHD NAZRI MD SAAD
LPM, KPM Jln Duta

Tuesday, February 9, 2010

Program Teknik Menjawab SPM kertas 1 Reka Cipta 2009

Salam bahagia..

Berikut adalah laporan Proram Teknik Menjawab SPM Kertas 1 Reka Cipta yang di jalankan di SMK Tanjung Adang pada 13 Oktober 2009 bermula dari jam 2.00 hingga 4.00 petang.
Penceramah di datang khas daripada SMK Ayer Baloi, Pontian iaitu En Zurkurnien Abdul Rahman.
Beliau merupakan Ketua Jurulatih Negeri Johor . Pengalaman beliau amat dialukan, dan harapan agar sekolah-sekolah di daerah Johor Bahru dapat meningkatkan lagi kualiti keputusan SPM 2009 ini.















Selamat Kembali ke Sekolah Sesi 2010

Salam bahagian, salam hormat dan selamat sejahtera kepada seluruh warga Panitia Reka Cipta Daerah Johor Bahru.
Rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan selamat tahun baru 2010. Kesibukan bulan Januari tidak dapat dibendung sehingga untuk meng'update' bahan terkini di blog terlewat ke bulan Februari.

Khusus kepada pelajar-pelajar Reka Cipta tingkatan 4 yang lepas telah menjadi pelajar Reka Cipta SPM 2010 yang mana seharusnya 2 perkara yang perlu diberi perhatian serius iaitu

1) Peperiksaan SPM 2010
2) Folio Reka Cipta ( Proses sehingga bab 1.3 )

-editor-